Mayat wanita diserang buaya ditemukan tanpa kaki dan tangan

Spread the love

KINABATANGAN, 31 Julai : Mayat wanita yang hilang selepas diserang buaya di Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya di sini petang semalam ditemukan dalam keadaan tidak sempurna pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat Norsila Sayong, 32, ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat berkenaan ditemui tanpa kaki dan tangan oleh orang awam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama pasukan penyelamat pada pukul 6.53 pagi,” jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 3.42 petang semalam, mangsa yang sedang memancing di tebing sungai bersama keluarganya diserang oleh seekor buaya yang muncul secara tiba -tiba dan menariknya ke dalam sungai.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.