Mayat kedua tragedi perahu karam di Wong Pelagus ditemukan

Spread the love

KAPIT, 31 Julai : Mayat kedua mangsa tragedi perahu karam di Wong Pelagus, Sungai Batang Rajang dekat sini, ditemukan petang tadi.

Mayat Richelles Seli Lasu, 21, ditemukan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kapit) Timoty Barat berkata, mayat Richelles ditemui di Lapuh, tidak jauh dari lokasi mangsa pertama dijumpai pada pukul 5 pagi tadi.

Baca di sini > > > Mayat mangsa perahu karam Wong Pelagus dihanyutkan 10 km

“Kedua-dua mayat telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke rumah mayat Hospital Kapit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan penduduk Rumah Panjang Tr. Ani Usop di Nanga Pelagus.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat lalu, mereka berdua yang keluar menjala ikan hilang selepas perahu dinaiki karam akibat dipukul arus deras. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.