Dua jaringan Amri Yahyah di Likas pastikan kemenangan Sabah FC

Spread the love

KOTA KINABALU, 31 Julai : Amri Yahyah muncul wira Sabah FC apabila dua gol jaringannya membantu skuad itu mencatatkan kemenangan ke atas Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Bagaimanapun tuan rumah terpaksa membuat kebangkitan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan 0-1 di tangan pelawat yang memperolehi jaringan menerusi Iffedayo Omosuyi pada minit ke-24.

Amri yang dimasukkan pada separuh masa kedua membuktikan sentuhannya tetap berbisa apabila menyempurnakan hantaran Alto Linus pada minit ke – 65 permainan untuk mengikat pelawat.

Ketika perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan keputusan seri, bekas pemain kebangsaan itu sekali lagi meledak apabila bijak mencuri peluang dengan menyudahkan hantaran Farhan Roslan pada minit ke-90.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberikan Sabah FC tiga mata berharga.

Keputusan itu menyaksikan Sabah kekal di tangga kedua liga dengan 31 mata. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.