Asrama lelaki SMKA di Pedas terbakar

Spread the love

SEREMBAN, 31 Julai: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Izwan Md Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di lokasi tiga minit kemudian. 

“Kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik dan berkeluasan 40×200 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pemadaman yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Senawang itu tamat sepenuhnya pada 3.51 petang manakala punca kejadian sedang disiasat.  -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.