Wanita hilang diserang buaya ketika memancing di tebing sungai

Spread the love

KINABATANGAN, 30 Julai : Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika memancing bersama keluarganya di Sungai Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.42 petang.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Norsila Sayong dilaporkan memancing di tebing sungai berkenaan dan seekor buaya yang muncul secara tiba – tiba terus menariknya ke dalam sungai dan hilang.

“Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan dan perkembangan semasa akan dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.