TERKINI : Angkat berat sumbang emas kedua Malaysia Sukan Komanwel

Spread the love

KUCHING, 30 Julai : Acara angkat berat menyumbang pingat emas kedua Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham hari ini.

Kejayaan itu hadir menerusi Muhamad Aznil Bidin dalam acara angkat berat sebentar tadi.

Menerusi kemaskini Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Muhamad Aznil mempertahankan pingat emas dalam acara 61 kilogram (kg).

Beliau melakukan angkatan keseluruhan 261 kg.

Terdahulu, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Berita lanjut menyusul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.