Sukan Komanwel: Malaysia mara ke suku akhir badminton berpasukan campuran

Spread the love

BIRMINGHAM, 30 Julai : Malaysia melangkah ke suku akhir acara badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0 dalam saingan Kumpulan D temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung di National Exhibition Centre hari ini, beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See menyumbang mata pertama selepas menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12 diikuti perseorangan negara Ng Tze Yong mengalahkan Samuel Ricketts 21-12, 21-16.

Pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang negara apabila mengecewakan Thalia Richardson 21-2, 21-5 untuk mata ketiga.

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula melebarkan jurang mata apabila menewaskan gandingan Angus-Ricketts 21-7, 21-11 manakala beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Richardson-Wynter 21-8, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan skuad badminton negara.

Malaysia yang mengecewakan Zambia 5-0, akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.