Sukan Komanwel : Aniq sumbang emas pertama Malaysia di Birmingham

Spread the love

BIRMINGHAM, 30 Julai : Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, hari ini.

Badang negara berusia 20 tahun itu menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Lebih manis, kejayaan mengungguli acara tersebut juga menyaksikan Malaysia meraih pingat pertama pada temasya kali ini.

Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan melakukan 225kg. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.