Projek pembinaan tiga hospital baharu di Sarawak disambung

Spread the love

KUCHING, 30 Julai : Kerja pembinaan tiga buah hospital baharu di Sarawak yang sebelum ini berdepan masalah kelewatan kini disambung semula.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini termasuklah pembinaan Hospital Petra Jaya yang ketika ini berjalan mengikut jadual setelah kerajaan melantik kontraktor penyelamat.

“Projek pembinaan Hospital Petra Jaya kini sudah mencapai kemajuan sebanyak 26 peratus dan lebih cepat berbanding dua hospital yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pembukaan Pejabat Sekreteriat Lembaga Jurutera Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Hospital Kanowit pula, Fadillah memberitahu, ketika ini kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan kerana terdapat perubahan pada reka bentuk selain memerlukan peruntukan tambahan.

Ujar beliau, terdapat dua projek pembangunan yang mengalami kelewatan iaitu Hospital Lawas dan penambahan bangunan baharu di Hospital Miri.

“Kerajaan Sarawak akan terus memantau perkembangan pembinaan empat hospital ini supaya dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan,”katanya.

Ditanya tentang faktor kelewatan, Fadillah memberitahu, ianya berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kekurangan pekerja.

“Selain itu, projek – projek itu terkesan kerana peruntukan yang tidak mencukupi selain kos bahan binaan yang semakin meningkat,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.