Dua lelaki dikhuatiri lemas perahu karam di Wong Pelagus

Spread the love

KAPIT, 30 Julai : Dua lelaki termasuk seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki mereka dipukul arus deras di Wong Pelagus dekat sini, petang semalam.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Ngalang Demong, 73, dan Ricelles Seli Lasu, 21,.

Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, pengadu bersama datuk dan bapa saudaranya sedang dalam perjalanan untuk menjala ikan dari Rumah Nanga Pelagus, Kapit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timoty Barat berkata, sebelum kejadian, pengadu diminta untuk turun daripada perahu dan berjalan mengikut laluan di tebing sungai.

“Ketika datuk dan bapa saudara pengadu meneruskan perjalanan dengan perahu untuk menyusuri arus deras jdi sungai itu, saksi melihat perahu itu terbalik dan karam manakala kedua -duanya hilang dihanyutkan arus sungai,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Timoty memberitahu, usaha mencari dan penyelamat telah dilakukan oleh penduduk kampung namun tidak menemui kedua -dua mangsa dan laporan polis dibuat selepas itu.

“Pasukan BBP Kapit menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi tadi.

“Tempoh masa untuk sampai ke lokasi kejadian ialah sekitar dua jam,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.