Sektor pelancongan Sarawak mula tarik minat pemain industri di Turki

Spread the love

KUCHING, 29 Julai : Usaha berterusan Tourism Malaysia dan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Turki mempromosi keistimewaan Sarawak sebagai lokasi pelancongan unik semakin mendapat perhatian di kalangan pemain industri negara berkenaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, melalui usaha berkenaan, beliau berharap Sarawak akan menjadi destinasi pelancongan pilihan rakyat negara itu untuk bercuti.

Ujar beliau, pihak Konsul Jeneral Malaysia di sana bersama Tourism Malaysia sentiasa mengadakan perjumpaan dengan agensi -agensi pelancongan di sana.

“Mereka agak tertarik dengan Sarawak sebagai salah satu destinasi untuk melancong sekiranya datang ke Malaysia,” katanya.

Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Pada masa hadapan, Tengku Mohd. Dzaraif berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan Kerajaan Sarawak untuk mempromosikan tempat menarik di negeri ini.

Berkenaan usaha mempromosikan sektor pelancongan Malaysia di negara berkenaan pula, beliau memaklumkan antara kaedah yang dilakukan termasuklah memperkenalkan seni bela diri silat Malaysia di Istanbul.

“Kita berjaya membawa 12 orang pesilat Malaysia untuk membuat persembahan selama seminggu di Turki baru – baru ini.

“Kita juga menjemput Pasukan Silat Sendeng Malaysia yang diketuai oleh Presidennya dari Sarawak iaitu Datuk Abang Johari Abang Borhan,” ujarnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.