Nicaragua: Bas terjunam ke dalam cerun ragut 16 nyawa

Spread the love

BOGOTA, 29 Julai : Sekurang-kurangnya 16 maut manakala 47 lagi cedera selepas bas yang membawa berpuluh-puluh penumpang terbabit dalam nahas di utara Nicaragua, menurut polis Khamis.

Bas itu dalam perjalanan dari Managua menuju ke sempadan Nicaragua sebelum terjunam ke dalam cerun curam dan berbahaya yang dikenali “La Cucamonga”.

Seramai 13 mangsa yang maut adalah warga Venezuela, seorang rakyat Nicaragua manakala dua lagi belum dikenal pasti.

“Mereka yang terkorban terdiri lima wanita dan 11 lelaki,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan polis. 

Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu laju itu bertembung dengan dua buah kereta sebelum terjunam. 

Pemandu bas turut ditahan bagi membantu siasatan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.