Status Bandar Gastronomi UNESCO bukti kepelbagaian dimiliki Sarawak – Abdul Karim

Spread the love

KUCHING, 28 Julai : Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan kejayaan Bandaraya Kuching disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi menjadi bukti kepada kepelbagaian dan identiti negeri ini.

Katanay, Sarawak sejak sekian lama terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kumpulan etnik atau suku kaum dan menjadi contoh kepada keharmonian di Malaysia.

“Dengan 56 kawasan perlindungan, 37 taman negara yang diwartakan, terdapat juga lima tempat perlindungan kebakaran hutan dan 14 rizab alam semula jadi.

“Jadi saya yakin anda akan kagum dengan apa yang kami tawarkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada tetamu termasuk diplomat asing yang menghadiri majlis makan malam sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kebudayaan ASEAN Kali Ke-23 dan Mesyuarat Kali Ke-11 ASEAN Campur Tiga Cultural Cooperation Network Meeting (APTCCN) di sini hari ini.

Ujar Abdul Karim, kepelbagaian serta makanan lazat yang terdapat di Sarawak juga telah menjadi sebahagian daripada identiti negeri ini.

Sementara itu, Abdul Karim turut menggalakkan perwakilan ASEAN untuk berkongsi serta mempromosikan kepelbagaian budaya rantau ini untuk membina persefahaman antara budaya di wilayah ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.