Hector Bidoglio ketua jurulatih JDT baharu

Spread the love

JOHOR BAHRU, 28 Julai : Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bekas pemain Venezuela Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

Menurut JDT, pengendali berusia 54 tahun itu memulakan karier kejurulatihan bersama kelab Argentina, Newell’s Old Boys sebelum menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Hector juga menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. 

“Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” menurut kenyataan itu.

Baca > > > JDT sahkan ‘perpisahan’ dengan Benjamin Mora

Semalam, JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa bekas ketua jurulatih Benjamin Mora yang telah melatih pasukan Harimau Selatan sejak 2017, meninggalkan kelab itu untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.

Menurut JDT, Mora adalah jurulatih JDT paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Jurulatih kelahiran Mexico itu juga telah mengendalikan sebanyak 148 perlawanan dan memenangi 102 perlawanan sejak 2017. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.