Utamakan rakyat Sarawak sebagai pekerja industri makanan

Spread the love

KUCHING, 27 Julai : Peneraju industri makanan dan minuman di Sarawak disaran supaya memberi keutamaan kepada rakyat tempatan sebagai pekerja.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Snowdan Lawan berkata, penggajian orang tempatan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya mengukuhkan lagi ekonomi rakyat.

“Beri peluang kepada orang kita untuk menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi mereka,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Inkubator Gastronomi Sarawak (SAGO) 2022 dan Forage di sini baru – baru ini.

Inkubator SAGO 2022 merupakan sebuah program inkubasi intensif untuk umembantu usahawan makanan di Kuching berhubung kemahiran perniagaan dan pengurusan kewangan.

Sementara itu, Snowdan berkata, pengiktirafan Kuching sebagai rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi memerlukan kerjasama pemain industri berkenaan untuk mengekalkan status itu.

“Saya berharap agar pengusaha dan peniaga makanan terus menitikberatkan kualiti dan kebersihan makanan.

“Kebersihan makanan seharusnya menjadi keutamaan anda sebagai peniaga,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.