TERKINI : Sebahagian besar Kuala Lumpur terputus bekalan elektrik

Spread the love

KUCHING, 27 Julai : Sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor difahamkan mengalami masalah gangguan bekalan elektrik sebentar tadi.

Antara kawasan terjejas termasuklah Bukit Jalil, Kajang, Petaling Jaya, Shah Alam, pusat bandaraya dan sekitar Bangsar.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku disebabkan masalah berkenaan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian,” kata TNB menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Berita lanjut menyusul. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.