Kerosakan pencawang utama di Yong Peng, Johor punca gangguan elektrik

Spread the love

KUCHING, 27 Julai : Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan gangguan elektrik yang menjejaskan sebahagian besar kawasan di Lembah Klang pada tengah hari tadi berpunca daripada kerosakan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North, di Johor.

Kata TNB, masalah itu telah mengakibatkan kehilangan sebanyak 2.2 GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia.

“Kerosakan berjaya dipulihkan di semua kawasan yang terlibat pada pukul 3.02 petang tadi,” jelas TNB menerusi kenyataan media.

Majoriti kawasan terjejas berjaya dipulihkan oleh Pasukan Teknikal TNB secara berperingkat selepas 20 minit gangguan berlaku.

Baca lagi > > > TERKINI : Sebahagian besar Kuala Lumpur terputus bekalan elektrik

Baca lagi > > > Bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya di sebahagian besar Kuala Lumpur – TNB

Pada pukul 12.39 tengah hari tadi, beberapa kawasan termasuk di sekitar pusat bandaraya, Petaling Jaya, Cheras, Bangi dan Shah Alam di Selangor terjejas akibat gangguan itu.

Pengguna di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kedah dan Pahang turut berdepan masalah serupa.

Perkhidmatan di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA Ekspres dan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di 11 stesen turut terjejas.

Sementara itu, TNB turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.