Bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya di sebahagian besar Kuala Lumpur – TNB

Spread the love

KUCHING, 27 Julai : Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia disahkan mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pukul 12.39 tengah hari tadi.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, gangguan itu melibatkan 2.2GW iaitu mewakili 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

TNB berkata, bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di kawasan – kawasan yang terlibat.

“Beberapa kawasan di Lembah Klang yang mengalami gangguan ketika ini masih belum pulih sepenuhnya,”jelas TNB menerusi kenyataan media hari ini.

TNB juga memaklumkan punca kejadian sedang disiasat dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

Pada tengah hari tadi, beberapa kawasan termasuk di sekitar pusat bandaraya, Petaling Jaya, Cheras, Bangi dan Shah Alam di Selangor terjejas akibat gangguan yang berlaku.

Baca lagi > > > TERKINI : Sebahagian besar Kuala Lumpur terputus bekalan elektrik

Selain itu, di kawasan di utara melibatkan Bayan Lepas dan Seberang Jaya di Pulau Pinang, Jitra (Kedah) dan Panchor dan Bandar Indera Mahkota di Pahang turut mengalami gangguan berkenaan.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.