11 stesen LRT terjejas akibat masalah bekalan elektrik

Spread the love

KUCHING, 27 Julai : Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kendaliannya turut terganggu berikutan masalah bekalan elektrik yang berlaku di Lembah Klang tengah hari tadi.

Rapid Raid Sdn. Bhd berkata, antara yang terjejas termasuklah perkhidmatan bagi laluan Ampang ke Sri Petaling pada pukul 12.48 tengah hari.

“Gangguan yang berlaku melibatkan 11 stesen bermula di Stesen LRT Bandar Tun Razak hingga ke Stesen LRT Bandar Puchong,”jelas Raip Rail menerusi kenyataan media dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, akibat gangguan itu, tren bergerak pada kadar lebih perlahan dan berhenti lama di platform.

Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu ditebus di kaunter khidmat pelanggan.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.