Remaja 18 tahun maut, kereta dipandu langgar pokok

Spread the love

MIRI, 26 Julai : Seorang remaja lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Bypass Kuala Baram.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 2.43 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira yang dipandu remaja berusia 18 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pokok di kanan jalan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Hospital Miri di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat dibawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.