Guru besar SK Bawang Assan ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Spread the love

SIBU, 26 Julai : Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Assan, Stanley Bohari ditemukan meninggal dunia dalam keretanya di lampu isyarat Jalan Ling Khai Cheng dan Jalan Deshon, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daearah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, Balai Polis Sungai Merah menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.45 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian kira – kira pukul 4.50 petang, anggotanya mendapati seorang lelaki dalam keadaan bersandar dalam kereta jenis Proton Iswara tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur jenayah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujarnya, pegawai perubatan dari Hospital Sibu yang dipanggil kemudian mengesahkan mangsa yang berusia 49 tahun telah meninggal dunia.

“Mayat kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Menurut Zulkipli, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai pagi tadi.

Sementara itu, abang mangsa, Freddy Bohari yang juga Editor TVS memberitahu, majlis pengebumian mendiang adiknya akan diadakan di Gereja Sacred Heart pukul 9 pagi, Khamis ini.

Seterusnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Peringatan Nirvana, Sibu di Jalan Oya.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak turut mengucapkan takziah kepada keluarga Stanley.

“Jabatan ini kehilangan seorang guru besar yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah.

“Semoga dipermudahkan segala urusan,” tulis JPN Sarawak menerusi hantaran di Facebook. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.