GRS siap sedia hadapi PRU-15

Spread the love

KOTA KINABALU, 26 Julai : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersiap sedia menghadapi piliharaya umum (PRU)15 akan datang.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata jentera politik parti gabungan telah digerakkan dan dijangka akan membuat “road show” di seluruh negeri di bawah bayu itu bermula bulan depan.

“Kita (GRS) telah mengarahkan bilik gerakan supaya aktif dan menganjurkan jentera pilihanraya masing-masing di setiap parlimen.

“Jelajah ke seluruh Sabah untuk menyantuni hati rakyat”, katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-33 di auditorium Tun Ahmad Shah Raffae, sebentar tadi.

Ditanya tentang keputusan berhubung permohonan parti tempatan untuk menyertai GRS, beliau menyatakan bahawa tiada keputusan yang dibuat berkenaan perkara tersebut setakat ini.

Ujarnya lagi, khabar angin mengenai kononnya GRS telah membuat keputusan untuk menolak permohonan kemasukan parti tempatan adalah tidak benar.

“Kita tidak ada membuat keputusan sebegitu dan ini perlu diperbetulkan dan kami akan memberi keputusan selepas bermesyuarat bersama ahli majlis tertinggi yang dijangka pada bulan oktober ini”, tegas nya.

GRS dianggotai lima parti iaitu BERSATU, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), selain membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir kerajaan Sabah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.