Lagi cubaan PATI Indonesia masuk Sarawak digagalkan tentera

Spread the love

KUCHING, 25 Julai : Cubaan seramai 22 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia memasuki Sarawak melalui ‘jalan tikus’ berhampiran Kampung Gumbang dan Kampung Stass di Serikin berjaya dipatahkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, menerusi dua serbuan yang dilakukan dalam Op Bentang, tangkapan pertama dibuat pada pukul 9 pagi kelmarin.

“Sepasukan anggota Briged Ketiga Infantri yang sedang melakukan rondaan di situ terserempak dengan tujuh lelaki dan seorang wanita berdekatan Kampung Gumbang, kira-kira 400 meter dari sempadan Indonesia berada dalam keadaan mencurigakan,”jelas kenyataan itu.

 

Baca lagi > > > Lapan PATI cuba masuk Sarawak diusir tentera

Jelas Markas Infantri, operasi kedua pada pukul 9.15 malam pula, seramai tujuh lelaki bersama tujuh wanita turut ditahan berdekatan Kampung Stass, sekitar 100 meter dari sempadan Indonesia.

“Pemeriksaan awal mendapati bahawa kesemua 22 PATI yang terdiri daripada 14 lelaki dan 8 wanita yang berusia antara 17 hingga 43 tahun tidak memiliki dokumen rentas sempadan yang sah,”jelas kenyataan itu.

Tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan wang tunai matawang Indonesia berjumlah IDR 19,046,784.00 atau RM 5,660 dan 14 buah telefon bimbit.

“Keseluruhan barangan yang diperiksa dianggarkan berjumlah RM 16,462.00,” menurut kenyataan itu.

Kesemua PATI telah diusir ke Indonesia pada pukul 3.05 petang dan 10 malam setelah laporan dibuat di Balai Polis Bau. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.