Kepuasan pelanggan keutamaan YSH Motors Trading

Spread the love

KUCHING, 24 Julai: Syarikat penjual kereta terpakai yang berpangkalan di Kuching, YSH Motors Trading meletakkan kepuasan pelanggan sebagai aspek utama yang harus sentiasa dititikberatkan.

Menurut wakil jualan YSH Motors Trading, Dennis Lai, mereka sentiasa akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan permintaan pelanggan dan memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Kami akan sentiasa memenuhi pemintaan pelanggan, walaupun bukan 100 peratus tetapi kami akan sedaya upaya cuba untuk merealisasikannya.

“Ini kerana pihak kami bukan sekadar menyasarkan keuntungan semata-mata, tetapi kami turut menekankan aspek kepuasan pelanggan ketika berurusan dengan kami,” katanya.

Dennis menegaskan, sebagai sebuah syarikat yang  telah beroperasi selama 13 tahun, kejujuran dalam perkhidmatan dan transaksi yang dilakukan merupakan senjata utama dalam meraih kepercayaan para pelanggan dan tidak memperdayakan pelanggan menerusi taktik caj tersembunyi seperti yang dilakukan segelintir pengedar kereta terpakai yang lain.

“Syarikat yang memperdayakan pelanggan menerusi caj tersembunyi akan memburukkan imej penjual kereta terpakai yang lain.

“Namun, Kami di YSH tidak meletakkan caj tersembunyi, iklan yang dilihat  pelanggan di media sosial merupakan harga tetap dan akhir ketika proses jual beli dilangsungkan,” katanya.

Dalam pada itu, Dennis berkata, pihaknya menawarkan pelbagai kelebihan kepada pelanggan yang membeli kereta di YSH, seperti jaminan 100 hari untuk setiap pembelian dan juga proses jual beli yang mudah untuk pelanggan yang berada luar di Kuching.

Ujarnya, pelanggan tidak perlu ragu dengan YSH kerana syarikat berkenaan mempunyai reputasi yang baik dan telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Peniaga Berlian bagi kawasan Malaysia Timur yang dianugerahkan oleh CIMB Bank Berhad sebelum ni.

“Kami di YSH sentiasa menitikberatkan lima perkara utama sebelum menjual kereta kepada pelanggan iaitu pemeriksaan rangka kereta, pemeriksaan enjin, pemeriksaan bahagian bawah dan dalaman kereta, serta semakkan insurans untuk memastikan kereta tersebut bukan kereta yang tidak layak berada di atas jalan (tiada nilai).

“Lepas selesai kelima-lima ini, baru kami akan membeli kereta tersebut dari penjual dan kemudiannya kami akan melakukan penambahbaikkan sebelum kereta tersebut dijual kepada pelanggan,” katanya.

YSH mempunyai lima cawangan di sekitar Kuching dan Samarahan dengan setiap cawangan menawarkan kereta berbeza antaranya kereta untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kereta mewah, dan juga kenderaan pacuan empat roda.

Selain dari menjual kereta terpakai, YSH juga menawarkan perkhidmatan membeli kereta terpakai dengan harga yang tinggi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.