COVID-19 : Tiga maut di Sarawak Minggu Epidemiologi 29

Spread the love

KUCHING, 25 Julai : Tiga maut akibat COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 17 hingga 23 Julai lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan, kes kematian direkodkan di Kuching, Sibu dan Miri.

Dalam pada itu, sebanyak 437 kes baharu dilaporkan pada tempoh sama sekaligus menjadikan jumlah kumulatif 309, 136 kes sejak dilanda pandemik.

“Daripada jumlah kes baharu yang disahkan, lima kes berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 143 kes, diikuti Miri (112), Sibu (49) dan Bintulu (43).

Sebanyak 14 daerah antaranya Lundu, Kabong dan Marudi tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.