Bayaran tiket masuk Muzium Budaya Borneo mulai 1 Ogos

Spread the love

KUCHING, 25 Julai : Bermula 1 Ogos ini, pengunjung yang melawat Muzium Budaya Borneo (BCM) akan dikenakan bayaran masuk oleh Jabatan Muzium Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selain itu caj juga akan dikenakan untuk penggunaan fasiliti seperti auditorium, bilik serbaguna, ruangan pameran sementara dan kemudahan lain.

Baca lagi > > > Muzium Budaya Borneo mampu jadi pusat menimba ilmu – Abang Johari

Katanya, harga tiket yang dikenakan terbahagi kepada tujuh kategori.

“Kanak-kanak warganegara berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk secara percuma namun bagi kanak-kanak bukan warganegara, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM20.

Bayaran tiket masuk BCM. Foto: BCM

“Bagi mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun dan pelajar yang memiliki kad pelajar, bayaran masuk adalah sebanyak RM5 untuk warganegara dan RM25 untuk bukan warganegara,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, warga emas rakyat Sarawak yang berusia 61 tahun ke atas hanya perlu membayar RM5 manakala pelawat kategori sama bukan rakyat Sarawak dikenakan caj RM10 dan bukan warganegara sebanyak RM25.

“Tiada bayaran dikenakan kepada orang kurang upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,”katanya.

Jelas Abdul Karim, pembelian tiket hanya boleh dibuat secara tunai atau menggunakan SPay Global di kaunter muzium pada masa lawatan sahaja.

Katanya, setakat ini, BCM telah berjaya menarik seramai 350,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Bahkan BCM turut dilawati oleh beberapa orang kenamaan termasuk Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, duta-duta asing dari Romania, Belgium, Amerika Syarikat, Jepun dan lain-lain,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.