54 pendatang asing terkandas di laut ketika cuba masuk Sepanyol

Spread the love

KUCHING, 25 Julai : Pasukan keselamatan Sepanyol berjaya menyelamatkan seramai 54 pendatang yang terkandas di laut berhampiran Kepulauan Canary semalam ketika cuba ‘masuk’ ke negara itu.

Kumpulan termasuk 13 wanita dan tiga kanak-kanak dikesan ‘tersadai’ di laut petang semalam, kira – kira 72 kilometer (km) dari Pulau Gran Canaria yang berada dalam wilayah Sepanyol.

Sejurus diselamatkan, mereka dibawa ke pelabuhan Arguineguin, di pantai barat daya pulau itu.

Memetik laporan Reuters, setakat ini, tiada pendatang yang memerlukan rawatan perubatan selepas tiba di dermaga.

Sementara itu, menurut Kementerian Dalam Negeri Sepanyol, lebih 9,300 pendatang tiba di Kepulauan Canary sejak 15 Julai lepas.

Angka itu menunjukkan peningkatan lebih 27 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Pada tahun lepas, kira-kira 4,400 orang hilang di laut ketika cuba masuk ke Sepanyol, menurut kumpulan pemantau Walking Borders.

Sejumlah 22,316 pendatang menyeberang dengan bot menuju ke Kepulauan Canary pada 2021 berbanding seramai 23,271 pada tahun sebelumnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.