PRU15 dijangka sengit – GRS

Spread the love

KOTA KINABALU, 24 Julai : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini akan berlangsung sengit di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sehubungan itu GRS perlu membuat persiapan lebih awal serta rapi untuk menghadapi PRU15.

Katanya, walaupun ‘meramalkan’ saingan sengit berbanding edisi pilihan raya terdahulu, GRS bersedia untuk turun ke gelanggang pertandingan.

“Oleh itu, GRS akan menganjurkan road show di setiap kawasan parlimen di Sabah untuk menambat hati pengundi.

“Kita jangkakan program jelajah itu akan bermula pada Ogos ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata demikian menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di Ibu Pejabat parti di Alamesra, di sini.

Antara pemimpin lain yang hadir termasuklah tiga Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Maximus Ongkili, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Masidi Manjun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.