Pesakit cacar monyet lari dari Thailand dijumpai di Kemboja

Spread the love

BANGKOK, 24 Julai: Pesakit cacar monyet pertama Thailand yang menghilangkan diri dari pusat peranginan Phuket telah dijumpai di Phnom Penh pada Sabtu.

Kementerian Kesihatan Kemboja memaklumkan lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan, lapor Khmer Times.

Lelaki itu dijumpai di sebuah rumah tetamu di Phnom Penh.

Baca > > > Pesakit pertama cacar monyet di Thailand hilangkan diri

Dia telah dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk memerima rawatan pada petang Sabtu.

Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa orang ramai yang pernah berhubung secara langsung dengan lelaki itu untuk mengasingkan diri dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Lelaki itu, yang tinggal melebihi tempoh di Thailand, disahkan dijangkiti cacar monyet di pusat peranginan Phuket pada 18 Julai lalu.

Dia melarikan diri selepas dimaklumkan tentang keputusan ujian awal pada 18 Julai.

Pihak berkuasa telah melancarkan gerakan menjejaki lelaki itu dan isyarat telefon bimbitnya dikesan di wilayah timur laut bersempadan dengan Kemboja pada Sabtu.

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.