Penulis muda pendukung kesusasteraan negara

Spread the love

KUCHING, 24 Julai : Gandingan penulis lama dan baharu yang menghasilkan naskah penulisan mampu memberi impak positif untuk mewujudkan generasi pelapis.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, Abang Haliman Abang Julai berkata, penulis muda juga berupaya memberi kesinambungan kepada nilai kesusasteraan di negara ini.

Ujar beliau, berdasarkan trend semasa, penulis muda mempunyai saluran tersendiri dan tidak hanya bergantung kepada satu organisasi penerbitan sahaja.

“Oleh itu, DBP sentiasa menggalakkan penulis muda bekerjasama dengan pelbagai organisasi bagi membantu memperluaskan kreativiti.

“Mereka yang bergerak sendiri ini mempunyai hubungan yang cukup luas menggunakan media yang boleh dijadikan ilmudan seterusnya berkembang lebih hebat lagi di Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Perhimpunan Karyawan Sarawak (PKS) ke-11 2022 di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam.

Sementara itu, beliau memberitahu, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mengasah bakat penulis muda agar mereka memiliki ilmu yang bermanfaat.

“Namun demikian, golongan penulis muda ini dinasihat untuk tidak menjadikan peluang terbabit sebagai arena bagi menyerbakan fitnah serta hasutan sehingga mampu mengganggu gugat keharmonian negara sebaliknya menjadikan ia sebagai platform untuk menyebarkan keharmonian,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.