Pemimpin perlu terbuka terima input rakyat berkaitan pembangunan

Spread the love

LAWAS, 24 Julai : Pemimpin perlu sentiasa bersikap terbuka untuk menerima input daripada rakyat berhubung sesuatu pembangunan yang ingin dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato Henry Sum Agong berkata, ini bagi memastikan hala tuju pembangunan yang dirancang sesuai dengan keperluan sesuatu tempat.

Ujar beliau, kesepakatan antara rakyat dan pemimpin juga boleh dicapai melalui hubungan erat yang seterusnya akan memangkin kelangsungan pembangunan.

“Sama seperti hari ini saya melawat dan berjumpa untuk mendengar pendapat serta maklumat – maklumat daripada penduduk di peringkat akar umbi.

“Mungkin ada yang penting berdasarkan maklum balas mereka yang boleh kita (kerajaan) laksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar kepada enam Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung (JKK) di Awat – awat di sini hari ini.

Turut menerima geran berkenaan iaah kelab serta persatuan belia di kawasan itu.

Yang turut hadir, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Ketua Pergerakan Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Cawangan Ba’kelalan, Steve Luis.

Sementara itu, Henry Sum yang juga Ahli Parlimen Lawas berharap, hubungan akrab antara penduduk dan pemimpin di situ dapat terus kekalkan demi masa depan lebih baik.

“Ini penting ketika negara dan rakyat sedang berdepan cabaran menghadapi pandemik COVID-19 dan isu-isu berkaitan kenaikan kos sara hidup yang perlu ditangani bersama,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.