Miri sedia terima pelancong Brunei

Spread the love

KUCHING, 24 Julai : Bahagian Miri yang menjadi pintu masuk utama ke Malaysia bagi pelancong dari Brunei sudah bersedia beroperasi pada 1 Ogos ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penambahbaikan perlu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Sungai Tujoh di sini bagi memastikan kelancaran kemasukan pelancong.

Katanya, ini kerana dijangkakan peningkatan jumlah kenderaan masuk melalui pintu berkenaan selepas Brunei membuka sempadan antarabangsanya.

“Waktu operasi kaunter CIQS di Sarawak bermula pada pukul 6 pagi hingga 6 petang, sama seperti di Brunei.

“Oleh itu, saya berharap agar Jabatan Imigresen Malaysia dapat meningkatkan perkhidmatan kaunter bagi memastikan kelancaran trafik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan untuk meninjau persediaan pembukaan sempadan darat Miri – Brunei di Sungai Tujuh, semalam.

Pada masa sama, Kim Shin turut menyeru agensi kerajaan lain yang terlibat untuk melakukan penambahbaikan fasiliti kompleks tersebut secepat mungkin demi keselamatan orang awam dan juga pelancong.

“Semua warga asing termasuklah pelancong Brunei perlu mengisi kad pengembara terlebih dahulu melalui aplikasi MySejahtera,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.