Beregu Malaysia ungguli Terbuka Taiwan, tewaskan juara Olimpik

Spread the love

KUCHING, 24 Julai : Pasangan beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mencipta kejutan terbesar apabila menjuarai Terbuka Taiwan 2022 dengan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Wei Chong dan Kai Wun yang ketika ini menduduki ranking ke-27 dunia menampilkan persembahan mantap walaupun diasak sehingga set penentuan dalam pertarungan yang berlangsung selama 54 minit.

Pasangan negara menang set pertama dengan kelebihan tipis tiga mata apabila menundukkan Lee Yang dan Wang Chin Lin dengan keputusan 21-18.

Begitupun, pemain tuan rumah yang mendapat sokongan padu penonton di Taipei Heping Basketball Gymnasium di Taipei bangkit pada set kedua apabila menampilkan pemainan lebih kemas apabila menang 21-11.

Pertarungan set ketiga sekali lagi sengit apabila kedua – dua beregu saling mengejar untuk meraih kemenangan.

Bagaimanapun, Wei Chong dan Kai Wun menampilkan permainan tenang untuk menamatkan set itu dengan keputusan 21-18. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.