GPS sedia hadapi PRU15 pada bila – bila masa, kata Abdul Karim

Spread the love

SIBU, 23 Julai : Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keyakinan itu susulan keputusan memberangsangkan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akhir tahun lepas.

“Jentera pilihan raya kita (GPS) memang sudah sedia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak juga sedia kerana baharu sahaja melalui proses PRN tahun lepas,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Mysed Extreme Game Challenge di sini, hari ini.

“Bagi GPS persoalan sama ada PRU15 diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan kita tidak ada masalah. Bukan nak mendabik dada kerana menang besar pada PRN lepas tetapi kita boleh rasa lagi nadi rakyat dalam satu Sarawak. Perasaan seumpama ini biasanya akan diterjemah melalui undi,” tambahnya.

PBB bersama-sama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) merupakan anggota yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang kini memiliki 18 kerusi di peringkat Parlimen.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.