Cubaan seludup diesel RM82,900 dipatahkan polis

Spread the love

SIBU, 23 Julai : Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 6,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM82,000 berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan dalam Op Kontraban di Jalan Teng Chin Hua, dekat sini pada pukul 9 pagi.

Katanya, suspek menggunakan lori yang telah diubah suai untuk melakukan kegiatan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati lori itu membawa minyak diesel yang dipercayai diperolehi secara tidak sah,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu untuk tindakan selanjutnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.