Abang Johari santuni peniaga kecil di Pasar Sibu

Spread the love

SIBU, 23 Julai : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meluangkan masa meninjau sendiri persekitaran dan operasi di Pasar Sentral Sibu di sini, di samping menyantuni peniaga-peniaga kecil di pasar terbesar Sarawak itu.

Abang Johari tiba di pasar sentral itu seawal pukul 8.15 pagi dengan diiringi anak perempuannya Dayang Norjihan, dan beliau kemudiannya bersarapan pagi di gerai makan yang terletak di tingkat satu pasar.

Turut bersama beliau ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dr. Annuar Rapaee, Senator Robert Lau Hui Yew, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting, Temenggong Datuk Vincent Lau dan Pemanca Datuk Jason Tai.

Malam tadi Abang Johari dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri sambutan perayaan Hari Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Sibu.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib merupakan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Pada malam ini, Abang Johari dijadual menyempurnakan penutupan Festival Kebudayaan Borneo (BCF) di pentas utama di Dataran Tun Tuanku Bujang. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.