330 individu terjejas banjir kilat di Seremban

Spread the love

SEREMBAN, 23 Julai : Sebanyak 330 individu daripada 120 keluarga terjejas banjir kilat di beberapa kawasan di sini berikutan hujan lebat sejak 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata antara kawasan terlibat Kampung Ismail, Kampung Chedang, Taman Happy dan Kampung Sri Mantau.

“Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah, menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat intensiti tinggi pada 9 malam dan reda kira-kira dua jam kemudian.

“Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan kebanyakan mangsa ditumpangkan di balai raya berhampiran sementara air surut sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lebih 20 anggota termasuk APM, polis dan orang awam terlibat bagi memantau keadaan termasuk mengeluarkan mangsa dan mengalihkan barang di rumah mereka ke tempat selamat. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.