Syarikat Britain minat bekerjasama penyelidikan biodiversiti dengan Sarawak – Charles Hay

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Syarikat – syarikat dari Britain menyedari wujud peluang untuk bekerjasama dengan pemain industri di Sarawak bagi melaksanakan projek penyelidikan berkaitan biodiversiti.

Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay berkata, kerjasama itu juga boleh dilaksanakan membabitkan aspek pengkomersialan.

Terdahulu, Hay yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak melawat Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) di Siburan ditemani Penasihat Perubahan Iklim Kedutaan Britain di Malaysia, Khairun Nisa Zabidi.

Delegasi itu disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SBC, Margarita Naming.

Mereka kemudian diberi penerangan mengenai LitSara, Projek Akses dan Perkongsian Faedah untuk Projek AdenoSara yang meliputi penglibatan komuniti, dan impak sosial ke atas mata pencarian, kemahiran dan pengetahuan masyarakat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.