Suspek kes curi kenderaan dibelasah orang awam

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini yang ditahan orang awam ‘menerima hukuman awal’ apabila dipukul bertubi-tubi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, pihaknya telah mengesan kejadian itu menerusi video yang tular kira-kira pukul 10 malam tadi.

Katanya, suspek telah diserahkan kepada polis pada 11 Julai lepas.

“Pada masa sama, saya ingin mengingatkan orang awam agar tidak bertindak membelakangi undang -undang negara dan membuat spekulasi kerana kes ini dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video berdurasi dua minit 51 saat itu menunjukkan suspek yang memakai tshirt berwarna merah itu diajukan beberapa soalan sebelum dipukul telah dimuat naik di Facebook Boboi Sot.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, polis juga melakukan siasatan menyeluruh termasuk kes suspek dipukul oleh orang awam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.