Serapi Corner agih 200 mangkuk Laksa Sarawak percuma sempena Hari Sarawak

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Sempena Hari Sarawak pada hari ini, Serapi Corner turut memeriahkan sambutan dengan mengagihkan sebanyak 200 mangkuk Laksa Sarawak secara percuma kepada orang ramai.

Pengurusnya, Mohd. Fardzren Azizuddin berkata, hidangan itu dipilih kerana ia merupakan makanan ikonik di Sarawak.

“Ini merupakan inisiatif kami bagi menyokong kerajaan negeri dan bersama – sama mempromosikan Kuching yang disenarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengagihan makanan itu di sini pagi tadi.

Mohd. Fardzren berkata, Serapi Corner juga berasa teruja kerana menyumbang kepada kemeriahan Hari Sarawak pada tahun ini.

Katanya, pelanggan juga gembira menikmati Laksa Sarawak yang disediakan pihaknya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Serapi Corner juga mempunyai perancangan untuk melaksanakan program khidmat masyarakat pada tahun hadapan.

Sementara itu, Ahmad Afiq Zahin iaitu tukang masak yang bertanggungjawab menyediakan laksa berkenaan berkata, dia berpuas hati dapat melaksanakan tanggungjawab itu.

“Proses memasak bermula seawal pukul 6 pagi tadi dengan dibantu oleh seramai lapan orang pekerja lain,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.