Sarawak mahu rundingan MA63 seterusnya dipermudahkan

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Kerajaan Sarawak berharap rundingan seterusnya mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dipermudahkan demi kebaikan negara secara keseluruhan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adalah menjadi komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mengembalikan hak Sarawak yang terhakis.

“Kita akan terus berusaha supaya MA63 dihormati dan dilaksanakan seperti yang dipersetujui oleh pemimpin – pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Sarawak 2022 bertemakan Sarawak Makmur di Stadium Tertutup Sibu yang disiarkan secara langsung oleh TVS malam ini.

Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib merupakan tetamu kehormat pada majlis sambutan ini yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Yang turut hadir, isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang , Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Menteri bertanggungjawab sambutan Hari Sarawak 2022, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Abang Johari berkata, sebagai ketua Kerajaan Sarawak, beliau menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya perundingan seterusnya mengenai MA63 dipermudahkan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.