Program peduli kesihatan jantung dianjurkan sempena Hari Sarawak

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Bersempena sambutan Hari Sarawak 2022, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu bekerjasama dengan Yayasan Jantung Sarawak menganjurkan program Lundu Heart Day.

Bekas ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu berkata, program itu diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyakarat terhadap penjagaan kesihatan.

Sehubungan itu, Jamilah berkata, beliau berharap agar orang ramai mengambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai simptom penyakit.

“Pemeriksaan harus dilakukan secara berkala terutamanya bagi golongan berusia.

“Di sini, kita mempunyai Yayasan Jantung Sarawak yang telah banyak membantu dalam meningkatkan kemudahan perubatan khususnya kepada pesakit jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim serta Pegawai Perubatan Pusat Jantung Sarawak Dr. Ho Yik Hon.

Sementara itu, Jamilah berkata, Yayasan Jantung Sarawak juga berusaha meningkatkan kepakaran perubatan menerusi latihan berterusan kepada doktor.

“Yayasan telah menghantar doktor ke luar negara untuk mendalami bidang perubatan kardiologi dan bergelar pakar.

“Pada masa sama, bantuan juga diberi kepada pesakit dengan mendapatkan peralatan pengimbas penyakit jantung,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.