Program derma darah sempena Hari Sarawak dapat sambutan

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Kempen derma darah sempena Hari Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Presiden PPIS, Manjeet Sidhu berkata, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menyasarkan 100 orang penderma tampil berbuat demikian.

“Sempena Hari Sarawak, PPIS turut bekerjasama dengan Lions Club dan Persatuan Cina Sarawak untuk melaksanakan kempen ini.

“Kami berharap insiatif ini dapat membantu untuk mendapat bekalan untuk kegunaan Tabung Darah HUS,” katanya kepada TVS selepas hadir pada program itu di sini hari ini.

Katanya, cuti umum pada hari ini dipilih untuk mengadakan program berkenaan kerana Hari Sarawak merupakan lambang perpaduan di negeri ini.

“Ini termasuklah perpaduan melibatkan agama, kaum dan sifat sayang menyayangi antara satu sama lain,” katanya.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, difahamkan seramai 81 orang telah menderma darah dengan penganjur menyasarkan seramai 100 orang berbuat demikian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.