PM Ismail Sabri ucap Selamat Hari Sarawak kepada Keluarga Malaysia Sarawak

Spread the love

KUALA LUMPUR, 22 Julai : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh Keluarga Malaysia Sarawak yang menyambutnya hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ismail Sabri berkata tarikh 22 Julai amat istimewa bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri itu kepada anak watan Sarawak.

Perdana Menteri turut menzahirkan rasa bangga terhadap arus pembangunan dan kemajuan yang banyak dikecapi oleh negeri itu.

“Semoga Sarawak sentiasa makmur dan harmoni selamanya.

“Semoga Sarawak terus maju, makmur dan mengekalkan perpaduan yang utuh demi kesejahteraan bersama,” katanya. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.