Nelayan hilang di perairan Kalampunian

Spread the love

KUDAT, 22 Julai : Seorang nelayan yang dilaporkan hilang disyaki terjatuh ke dalam laut sewaktu memancing di sekitar perairan Kalampunian, Kudat, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

Katanya, laporan kehilangan nelayan itu yang dikenali sebagai Abdul Rahman Sabran, 55, dibuat oleh isterinya.

“Isterinya memberitahu mangsa telah keluar menangkap ikan pada pukul 4 petang, Rabu lepas.

“Pada pukul 8 pagi semalam, isterinya dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa mereka menemui bot mangsa hanyut pada kedudukan lebih kurang 0.8 batu nautika dari Pulau Kalampunian, Kudat,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Maurice Granville memberitahu, bot Maritim Malaysia yang berpangkalan di Kudat digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan SAR namun sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.