Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang berkongsi perkara itu menerusi Facebooknya turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan berkenaan.

Mohamad Abu Bakar Marzuki, 58, menggantikan Datuk Amar Jaul Samion yang bersara bulan lepas.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains, Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) sejak 2018 dan pernah menggalas jawatan sebagai Pengarah Unit Perancang Negeri serta Pengarah Yayasan Sarawak.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau memenangi beberapa anugerah negeri termasuk Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri pada 2019. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.