Abang Johari ucapkan Selamat Hari Sarawak

Spread the love

KUCHING, 22 Julai : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri ini.

Menerusi poster dikongsi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) turut disertakan tema sambutan kali ini iaitu Sarawak Makmur.

Sempena sambutan hari ini, pelbagai acara menarik akan berlangsung dengan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dijadual menghadiri acara kemuncak di Stadium Tertutup Sibu malam ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol menerusi ucapannya berharap agar rakyat Sarawak akan terus bersatu mengukuhkan perpaduan.

“Saya juga berharap kita akan terus cekal mempertahankan maruah dan kepentingan Wilayah Sarawak yang cemerlang,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.