Kadar jenayah keseluruhan di Kuching turun 28 peratus

Spread the love

KUCHING, 21 Julai : Kadar jenayah di daerah ini menunjukkan penurunan lebih 28 peratus bagi tempoh Januari hingga hingga hari ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah, penurunan itu membabitkan indeks jenayah harta benda dan komersial.

Namun demikian katanya, terdapat tiga kategori jenayah yang merekodkan peningkatan iaitu rogol, curi kenderaan dan kes samun membabitkan premis 24 jam.

“Fasa peralihan ke endemik telah menunjukkan berlaku peningkatan mendadak bagi dua kategori jenayah iaitu kes samun dan kes curi kereta.

“Namun hasil komitmen berterusan oleh polis daerah ini, beberapa sindiket berjaya ditumpaskan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini hari ini.

Ahsmon berkata, antara kejayaan terbesar IPD berkenaan sepanjang tahun ini ialah menumpaskan Geng Wan Kurus yang bergiat aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan.

“Operasi itu dijayakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, secara keseluruhannya kes jenayah di Kuching masih terkawal dan pihaknya sentiasa meningkatkan usaha bagi memastikan keselamatan masyarakat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.