Zalina dipercayai masih berada dalam negara – Polis

Spread the love

SHAH ALAM, 20 Julai: Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.

Baca di sini > > > Bekas pembaca berita dilaporkan hilang sejak tahun lepas

Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang  laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.

Baca di sini > > > Suhaimi doakan Zalina Azman selamat

Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya.

Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.

Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas. 

Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.