SPRM Sabah tahan tiga lelaki buat tuntutan palsu RM800,000

Spread the love

KOTA KINABALU, 21 Julai : Tiga lelaki ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM800 000 kepada sebuah kementerian pada 2019.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, ketiga – tiga individu berkenaan dipercayai mengemukakan tuntutan bayaran kos pengangkutan bagi projek untuk tempoh tiga bulan iatu daripada September hingga November 2019.

“Kesemua suspek tersebut ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 10 pagi ketika hadir memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi.

Karunanithy berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 471 dan Seksyen 109, Kanun Keseksaan.-TVS

Tags: rasuah, sabah, SPRM

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.